MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Tuesday, April 13, 2010

Hobiku yang menjana pendapatan



Hampir setahun aku telah mempelajari seni jahitan manik dan labuci dan sekarang aku mula aktif untuk mengambil tempahan menjahit manit dan labuci.


Terima kasih aku ucapkan kepada Mentor Manik ku iaitu suamiku sendiri Mr.Kojack dan Cik /Puan Ckin Rambli@DeLimaNor atas bimbingan dan tunjuk-ajar yang telah berjaya memancing minatku kepada seni jahtan manik dan labuci ini.


Sekarang aku sedang mencari idea untuk membuat design2 baru utk aku aplikasikan pada baju2 aku sendiri dan juga baju pelanggan.Huh!jenuh jugak nak buat design yang cantik yang boleh buatkan kita puas hati. Untuk memuaskan hati pelanggan, aku kenelah buat sampel2 yang cantik barulah pelanggan aku berpuas hati dengan hasil kerja aku.
Seronok jugak menjahit manik dan labuci ni...ia bukan saja menguji kecekapan menjahit/menyulam malahan menguji ketajaman mata untuk melihat manik dan labuci yang bersesuaian untk di`mix & match'kan.Ia juga memerlukan ketekunan serta kesabaran.

Walaupun adakalanya sakit2 badan dek kerana dok menjahit lame sangat, namun aku berpuas hati dengan hasil tgn sendiri..rasanya tak puas nak melakarkan semua baju2 kurung yang sedia ada..sampai T-shirt pun aku jahitkan manik untuk menaikkan serinya...wah..sungguh aku berpuas hati..

Baju melayu kaler koko ni adalah baju raya tahun 2009 myhubby..1st time pandai menjahit manik ni aku applykan pada baju suami tercinta..suami amat gembira dengan hasil seni dari isteri tersayang..he..he..bangga nye aku, bila suami mengenakan pada hari raya pertama..seronok kerana ia nampak cantik dan unik sekali..
Jahitan bunga berries yang disiapkan dalam 2 minggu utk complete.

No comments: