Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Selamat Hari Guru kuucapkan kepada semua para pendidik, tenaga pengajar yang pernah mendidik ku..menjadikan aku seorang yang pandai serta dapat berada di tempatku sekarang.
Terima kasih cikgu. Jasamu tidak ternilai...budimu tidak terbalas,hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa dan budimu. Cikgu, walau telah lama aku meninggalkan alam persekolahan; namun jasa guru2 sekalian tak mungkin aku lupakan...
Cikgu tadika Halimah (Semuja Camp)-cikgu yg baik dan penyabar..dariku berusia 3 tahun hingga 5 tahun cikgu tanpa jemu melayan karenahku... :)
SRK Serian
- Darjah 1-Cikgu Nicoline(seorg guru berbangsa cina)pada mulanya ku anggap garang tapi sgt baik orgnya)
- Darjah 3- Cikgu Tan; Cikgu matematik.walaupun cikgu sgt garang dan tegas,namun kerana itu juga kami mampu menghafal sifir 2-12 sewaktu dalam darjah 3..terima kasih cikgu...dulu cikgu Tan ada kedai aiskerim di Pasar Serian....balik dari perpustakaan daerah mesti singgah utk beli aiskerim...cikgu Tan juga mengajar kami Pendidikan Seni..seronoknya membuat anyaman tikar mini dari benang hol dan buat pembersih habuk dari tali nylon...
- Darjah 4-6; Cikgu Jamilah hj. Naim..juga seorang guru yg sgt tegas dan garang tapi sebenarnya sgt baik... :) Tiap2 hari raya pasti akan ke rumah cikgu Jamilah..hehehe..
Juga terima kasih kepada cikgu Oat bt Sabu, Pn. Dyg Jamayah, Ustaz Ali, cikgu Rokiah....juga cikgu2 pelatih..the best ever..Mr. OSSO ( Othman Samaon)
SMKA Matang
- Sekolah berasrama penuh..byk sgt kenangan pahit dan manis bercampur baur..terima kasih guru2 sekalian..kerana dengan didikanmu kami menjadi manusia berguna dan berjaya sekarang.
- Ketua Warden Puteri-Cikgu Melati Ali
- Ketua Warden Putera-Cikgu Johan & Cikgu Abg Ismawi.
- Segala kenangan masih segar diingatan...dulu ianya amat pahit bagi kami, namun sekarang sangat lucu untuk dikenang kembali...berjalan itik gara-gara bising selepas jam 10.30mlm, cabut rumput kat taman asrama bila lmbat tutup lampu..hahaha...gotong-royong dan kena hukum...nasi kawah, ikan besi...
- Antara guru-guru SMKA Matang yg aku masih ingati ialah..1st & foremost Cikgu Abdul Rahim Abol-mento [bapak angkat kami], cikgu Sam,cikgu Yahya,Cikgu Azizah, cikgu Happy,cikgu Zamzaitul Akmal & Pn. Sherina, Mdm. Diana, ustaz Kamarul,ustaz Azizan, ustaz Sani, cikgu Adikreak, cikgu Zul.
Alhamdulillah keputusan PMR ku 1A,2B,6C dan SPM 1:21.
SMKA SHOAW
- 1999-2000 aku menyambung belajar ke tingkatan 6 di sekolah ini, juga dikenali dengan nama Matang 01.Alhamdulillah guru2 pun bagus2 dan aku dpt memahami apa yang diajarkan oleh guru2ku dengan baik sekali..apa yg amat membanggakan aku ialah akulah satu2nya pelajar perempuan yg dapat keputusan 4P..sekali dengan Aziz & Zaki Pardon & Kamil [kalau tak silap]dah lama dah berlalu...aku tahu ada yg cemburu kerana walaupun aku dapat 4P tapi gred aku xseberapa...berbanding diorang yg dpt gred bagus tapi tak dapat 4P.Aku bersyukur kerana dapat banggakan org tuaku, dan juga guru2 ku..berkat ilmu yg guru ajar kepadaku membuatkan aku berjaya.
- Masih ku ingat lagi setiap kali bila hari guru aku akan sibuk membuat kad ucapan dan membeli beberapa jambak bunga dan plastik pembalut serta riben. utk ku hadiahkan kepada guru2 ku..walaupun ia bukanlah hadiah yg mahal namun itulah penghargaan yg mampu ku berikan kepada guruku..yg pastinya semuanya ku buat sendiri dan kuserah sendiri bila tiba hari guru.
- Cikgu Dayang-subjek Pengajian Am, Ustaz Zulkefli & ustaz Kushairi -Bahasa Arab Tinggi & Komunikasi, ustaz Hazlan-Usuluddin,ustazah Salbiah-Syariah, Sir Zulkarnain-MUET.
Terima kasih cikgu kerana mencurah segala bakti dan ilmu kepada ku..ku sanjung budimu, ku kenang jasamu.
UITM Shah Alam
- 2001-2004 aku melanjutkan pelajaranku ke universiti..alhamdulillah!tersenyum bapaku bila anak perempuannya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Muda. Aku mengambil jurusan Pengajian Maklumat pengkhususan dalam perpustakaan dan maklumat.
- Tahun pertama amat kekok terasa bila terlalu jauh dari family, namun mungkin sudah agak terbiasa bersekolah asrama menjadikan aku boleh membiasakan diri di tempat orang. Bersama teman-teman baru dari utara dan selatan semenanjung.
- Terima kasih para pensyarah yang telah mendidik dan mengajar aku hingga aku menjadi siapa diriku sekarang...i'm a librarian!! Aku bangga menjadi pustakawan, aku suka bergaul dengan buku2,jurnal dan akhbar..walaupun ada kalanya tak sempatpun nak membaca kesemuanya.
- En. Md Shah Ashaari-lecturer yg kitorang geruni,kerana garang dan lawaknya..hinggakan byk dari kalangan pelajarnya yang mendapat gelaran..aku? Roti John @ tokey kicap??hahaha..ada yg dia gelar YAKUZA, AZIZ SATAR dan macam2 gelaran lagi...hahaha,memang lawak giler la cek Md.
- Cik Salmah-Mother of Cataloger. She was the one who gave us know for the 1st time apa itu katalog? Dia juga yg mengajarku subjek computerization..mengenali tagging, subfield dan itulah yg kami apply dlm tugas sekarang. I'm really love to be cataloger..
- Cik Nordibra Dini-cikgu yang tinggi lampai,berkulit hitam manis berwajah garang tapi manis dan ayu...she is so sweet tapi awas...pedasss beb! Terima kasih cikgu.
- En. Azmi @Dorro..lecturer yg sporting dan baik, kelas HTML
- Pn. Asiah Harun-kuanggap seperti ibu..sewaktu beliau mengajar aku akan duduk di meja paling hadapan,kecuali kalau masuk lewat :) berkat ajaran beliau, subjek index dan abstrak aku mendapat markah tinggi..alhamdulillah.
- Buat para cikgu dan lecturerku yang ku tak sebutkan namanya jgn berkecil hati...jasa kalian ttp kuhargai,,tanpa kalian,sukar utkku harungi dunia pekerjaanku sekarang.
p/s :terima kasih juga buat guru mengaji quran: guru Amran, guru Md. Adam, Abg Awei [guru mengaji di Semuja Camp]...juga guru mengaji di Kem Batu Kawa...SUKRAN JAZILLAN!
Akhir sekali TERIMA KASIH CIKGU, GURU, LECTURER..
1 comment:
coretan kenangan di uitm buat ku terkenang kembali
Post a Comment