30 April 2011~ PESTA KAUL 2011
Aku berada di Mukah…lawatan kali pertamanya bersama suami dan ibuku serta keluarga sebelah suamiku…Perjalanan dari Kuching ke Mukah memakan masa kira-kira 10 jam (lepas berhenti rehat di Serian, Lachau,Layar,Sibu).Aduh!terasa pening kepala kerana buat pertama kalinya adu dok kat passengers seat di belakang (hehehe..selalunya dok kat co-pilot seat)
Setelah sekian lama sibuk bekerja, tibalah masanya utk merehatkan minda.Kali ini lawatan agak istimewa kerana disertai oleh ibu tersayang…
|
myMOM & Me |
Dari Kuching, singgah ke Serian..sempat menjolok buah kedondong(buah amra)utk dijadikaan ole2 kpd saudara di Mukah. Perjalanan diteruskan hingga ke Lachau dan Layar…berehat sebentar untuk menyejukkan enjin kereta.Sesampai di Sibu, kami menjamu selera di Taman Harmoni foodcourt.
|
hubby & i |
|
mom & G-man |
|
Nasi ayam penyet di Tmn. Harmoni |
Tapak Pesta Kaul 2011 diadakan di Jalan Kala Dana wah!kelass!! macam nama zaman dahulu kala :) .Kami sampai di tapak pesta lebih kurang jam 10 pagi,jamme punyalah panjang..kereta penuh jer..parking dh mcm tak cukup…nasib baik ler rumah sepupu hubby tak jauh dari tapak pesta, so kitorang just park kereta kat umah dia jer…dan menapak ke tapak pesta..[lupa nak amik picture umah dia…uih!cantik wooo,moden tradisional…siap ada menara peninjau ala2 rumah Melanau gitu!]
|
pandangan dari beranda rumah |
|
mylovely mother |
|
myself@kg. Tellian Mukah |
|
mysweet darling! |
Cuaca yang pada mulanya mendung seperti mahu hujan berubah menjadi panas terik!Fuhhh….sangatlah panas; dengan orang yang bersesak-sesak, baju hitam(penyerap haba) dan haba angin laut! Alang2 dh sampai ke Mukah, apa lagi BERKAUL ler…barulah Pesta Kaul namanya…
Aku dan mak tidak melepaskan peluang untk terjah ke semua stall2 dan booth2 yang ada…ini adalah peluang yg baik utk mengenali cara hidup masyarakat yang ada di Mukah; what they do, they eat,they create, they cook,they play???this is the time to reveal their culture.
Pelbagai acara dipertandingkan untuk menarik ramai pengunjung untuk datang ke PestaKaul; ada banyak gerai2 jualan~ makanan, minuman, pakaian, tudung, bag, belon2, buku dll.
Permainan TIBAW
|
with both of mymother~biological & in-law | |
Pertandingan Badang & mengergaji btg sagu utk mendapatkan tepung lemantak.
|
myBadang~hubby |
|
Ulat Mulong yang menyebabkan aku lari..hehehe |
|
Both of us mencuba bakat..hehehe |
Acara pertandingan nyanyian peminat P.Ramlee & Saloma juga turut diadakan.Selain itu juga pertandingan menari dari kaum2 yg terdapat di Sarawak juga diadakan.
|
Kek lapis Pesta Kaul |
|
Photo taken with Mukah's families. |
|
Mom in candid camera :P |
|
kek lapis gubahan Terendak |
Seronok sungguh rasanya dapat menyertai Pesta Kaul yg sudah lama diadakan tetapi baru tahun ini dapat menyertainya…Al-maklumlah..jalanraya dah elok..kalau dulu;~Dari Sibu ke Mukah memakan masa 3 jam lebih,tapi sekarang hanya 1 jam 30minit shja..Walaupun hanya dengan kereta Kancil,sampai jugak kami ke Mukah :) Mydear cute Kancil~I love you so much! there were a lots of sweet and bitter memories holding by you!
|
pesta yg dirasmikan oleh Tok Uban serta isteri |
|
hubby with ulat mulong. |
|
Hjh. Rajimah,Pn. Liliah & Hjh. Haluya |
Setelah puas melawat tapak Pesta Kaul,hubby membawa kami ronda di sekitar kawasan; lalu depan hospital, airport, Politeknik, Menara Pehin Seri dan wisma kerajaan negeri yg baru!
Setelah berkaul 2malam 2 hari di Mukah, tibalah masanya untuk berangkat pulang.. sesungguhnya my 1st visiting to Mukah gave me sweet memories together2 with both of myMOM.my superwoman Hjh. Rajimah &; Pn. Liliah~~HAPPY MOTHER’S DAY!
|
bigger than mom....huhuhu |
|
our mom @Pasar Malam Mukah |
|
sebelum berangkat pulang..sempat bergambar.. |
Hope that I will be the great mom someday!
|
with hubby & sweet Eva Natasya |
Arigato Gozaimas!
Mukah 30April-1 Mei 2011.
No comments:
Post a Comment