1 May 2011
Labour Day Holiday
We went for the Magnificent City of China. A very beautiful place that we visited early of the month.
Taman Keajaiban China adalah merupakan sebuah taman yang terletak tidak jauh dari bandar Sibu. Ia baru sahaja siap dibina dan masih lagi dalam proses kemasan..Tercapai jugak harapanku untuk berkunjung ke sini. Hampir sahaja terlupa gara-gara terlelap sewaktu dalam perjalanan pulang. Mujurlah mama sepat mengejutkan aku sebelum sampai ke sini.
Kami tiba ketika matahari betul-betul tegak di atas kepala. Cuaca yang sungguh panas dan sungguh mnyengat itu menyebabkan kami terpaksa cepat2 melawat dan meninjau sekitar kawasan ini. Sungguh cantik binaan dan ukiran bermotifkan haiwan2 dan tumbuhan.
Bangunan yang bermotifkan corak haiwan dan tumbuhan serta unsur2 alam begitu megasyikkan. Corak pada jubin2 amatlah begitu menarik dan begitu indah sekali. Kreatif!! Menarik! FANTASTIC! Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jam di China Magnificent City. Terdapat 3 gerbang besar, 3 tokong Buddha, dewan makan(agaknyalah),funeral hall (mungkin) dan dewan peralatan muzik.
Kolam buatan yang menempatkan ikan koi dan kura2..juga terdapat replika ikan lumba2 dan ‘pakcik memancing’
hubby yg nakal |
Patung watak2 dewa juga terdapat di sini. Wukong, dewi guanying,khinzir,lembu dll. Pengalaman berada di tempat ini begitu mengasyikkan..sehingga ada rakan2 yang ingat kami betul2 berada di China..urmm bila lah agaknya dapat melawat ke Negara China…mgkin suatu hari nanti..InsyaALLAH. Seronok, fun, itulah yang dapat ku gambarkan. Ia kan lebih seronok sekiranya cuaca sejuk dan berkabus…barulah seperti berada di China.
No comments:
Post a Comment