MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Wednesday, April 27, 2011

Pizza oh pizza

Hari ini dalam sejarah...
Punyerlah konon nak makan set promosi di Pizza Hut..hahaha
bungkusan yg dibawa pulang

Alkisah keluar dari opis jam12.30tghri-singgah ke RHB then nak pegi lunch..singgah ler ke Pizza Hut yang berdekatan…hurmmm selalunya order sampai lebih kurang 17 minit gitulah. Sampai jerk at Pizza dah 1 petang..bagi menu then waiter hilang….tunggu punyer tunggu dalam 15 minit baru nak amik order…

Amik order dengan tak repeat order nyer..tak de nak suggest2 nyer…(terkenang time keje KFC~kene cepat & cekap dalam mengambil order customer)dh siap order jam menunjukkan pukul 1.27ptg..sabar walaupun perut lapar…huhuhu
Jam 1.55 makan datang..sepatutnya pizza order 3, tapi yg datang hanya 2 jer..tak per…layan dulu cz perut tgh laporr…dh jam 2.15petang belum gak pizza yg satu tu sampai..naseb ler member dh makan pizza regular yg ku order..kalau tak mahunyer berlaporr…grrrr…geramnye aku…

Last2 kitorang soh ‘tapaw’ jer lebihan pizza regular, dan suruh diorg ‘tapaw’ jer pizza yg satu lagi..sampai kat cashier, waiter bgtau tunggu jap cz pizza tgh dimasak..wel aku tanyer la berapa lamer lagi nak kene tunggu…kalau sekejap takper..kalau lamer..no way…Aku:”boleh tak kalau cancel order?”. Waiter:”xboleh,pizza sekejap lagi nak masak”. Aku:”berapa minit? Waiter: “kejap lagi”. Aku: “kalau sekejap boleh ,kalau lama xkan nk tunggu lagi…kitorang nk keje lagi..dahlah kene tunggu lamer?!” Hahahah!! Amik kau! Mak dah marah! Kengkawan: “sabar”..Aku:”Customer is always right!!” Kesian lak tengok cashier tuh…merah padan mukanya..huhuhu tapi geram gak..

Bila check bil rupenyer pizza yg lagi satu diorg tak key-in…Cishhh hampeh tul la…buang karan jer tunggu kat atas…naseb baik ler kitorang turun terus untuk ‘tapaw’..kalu tak mmg hampeh la menunggu sampai sudahhhhh. Sesudahnyer kitorang keluar dari PizzaHut jam 2.43petang..dan masuk opis lbh kurang jam 3 petang….member department lain lagi ler…dok sejam minum air n garlic bread jer….makanan bawa balik ‘tapaw’….

P/s:Bukan Pizzahut tu sama ngn KFC ker??patotnyer standardize..kene seragam & ikut masa yg ditetapkan…kalaupun kurang pekerja,manager kene take action ler…takkan nk kene complain lebey2 baru nk improve kot!bukan nk kondem…tapi teguran untuk meningkatkan mutu kerja..

Customer yg xpuas hati dgn servis PizzaHut.
Service charge RM4.37
Govt tax RM2.62
Rasa tak berbaloi jer bagi service charge tapi service hampeh…Sorry but reality.
Rasanyer elok delivery jer..daripada having in...

Monday, April 25, 2011

Projek Crumble Jubah


Namaste peminat2 manik & all beaders frenz!!

2 minggu baju jubahku tergantung..memikir-mikir apakah design yang sesuai dengan jubah kelabu ku ini…

time nie tgh pikir design apa sesuai
Jubah ini telah dijahit oleh ibuku sendiri, dengan menggunakan contoh jubah asal kepunyaanku yang ku beli dgn harga RM95/-

~~The making of~~
cu citer...cu citer...
Kain ku beli dengan harga RM20=4 meter…3 meter utk buat jubah ku..dan selebihnya untuk jubah anak buahku…Ibu mengambil masa lebih kurang hampir sebulan untuk menyiapkan jubahku kerana kekangan masa…Alhamdulillah, siap sewaktu demam pilihanraya…

Semasa org sibuk dengan pilihanraya, aku sibuk memikirkan apakah design yg sesuai untuk ku ‘touch up’ pada baju jubahku ini…Akhirnya setelah ‘try n error’ maka terhasil la crumble yg ku beri nama Crumble Pilihanraya…hahaha… sesuka hati aku jerr nak taruk nama…

tgn jubah yg telah di'stone'kan


batu geliga permata sakti...

step by step

dihiasi dgn pearl...

diselang-selikan..

taadaa...inilah hasilnya..

tangan baju jubah

cantik tak??

close up!


 
Well setelah siap crumble di pergelangan tangan jubah, aku pun ‘snap-snap’ jubah ku utk ku share2 dgn beader2 lain. Love it and love its color very much….hubby pun puji cantik…yo iyo ko???heheheh…

oh ya...crumble ini belum direnjis lagi...patutlah aku terasa kekurangannya...takper2 nanti aku akan renjis bior lengkap crumble nih...kalo tak nanti kite bakor jer...hahahaha..acah jer..gegurau di petang hari...

so, sekarang aku tgh nak menyiapkan crumble di bahagian leher baju..aku agak2 nak buat crumble panjang sejengkal...hingga ke dada...keliling leher xyah ler...cz xnampak pon biler bertudung....
Agak-agak lah...biler la aku nak menyarungkan jubah di yg telah lengkap dihiasi Crumble Pilihanraya ku ini...Apa-apa pun...pilihanraya dah lepas dan jubah ini akan menyimpan seribu satu macam cerita mengenai pilihanraya di Sarawak.

ADIOS ASTALAVISTA.
manage by Arman Amadi Enterprise.

myslide show

 Dok mencuba membuat slide show...
just to share my memoir.....

Thursday, April 21, 2011

~~Di sebalik pilihanraya~~Propaganda Dunia

Ahlan wasahlan!!!
Adaaap...

Pilihanraya oh Pilihanraya
Bangkitlah rakyat semua
Kita tentukan masa depan negara
Yang tua dan muda serta para belia..

Tuntut hak kita
Di mana undi adalah rahsia
Namun apa kejadahnya!!!
Kesuciannya telah tercemar
Oleh mereka-mereka yg tamakkan harta
Harta dunia..
Oh dunia & pilihanraya

Wahai rakyat dan bangsa semua
Tuntut janji pada yang telah berjaya
Jangan leka dengan jawatan yang ada
Hingga nasib rakyat tidak kau bela
Manifesto & propaganda mainan pilihanraya.

Kami inginkan pembelaan
Kami mahukan perubahan
Kami idamkan pembangunan
Kami tuntut khidmatmu tuan/puan.

Di mana janji manismu?
Bekalan air bersih?Letrik?Pendidikan?Ekonomi?hak milik tanah?
[idea spontan 21 April 2011 jam 1:45petang]
SMJ Copyright2011. 

 Antara komik yg diterbitkan kononnya dari Kumpulan Anak Sarawak Berwawasan:

 Tepuk dada tanya minda...MERDEKAKAH KITA? ADILKAH PILIHARAYA.....



Wednesday, April 20, 2011

Sekitar pilihanraya dan kempen di Kuching 6-16 April 2011 (part 2)

What do you think about election?? Is it true  clear election or...have something behind the scene...Let we just browse to see what happen during Sarawak DUN election. You see it you decide it! See Think Act!
Perang poster di Kota Samarahan








DS Wan Azizah di Patingan



Bendera BN berkibar di flyover Simpang tiga.



Perang poster di sekitar Padungan


Antara perang poster di sekitar Satok.



DSAI Bercermah di Patingan





YB NUrul Izzah di Patingan


Poster DAP di Bulatan Simpang Tiga

Sepanjang jalan Kota Samarahan



Antara yang sempat dirakam oleh lensa Klik-Klik....kalau lihat perang poster di kawasan Batu Kawa dan Semariang lagi best dan syok....poster calon BN di Semariang punya lah besar....[besar punyerrr]....agak2 berapa bajet utk pilihanraya kali ini yer...kalau nak dibandingkan poster BN dan PKR di Semariang,amatlah jauh bezanya...umpama gergasi dengan semut saja...Tahniah YB Sh. Hasidah kerana dapat mengalahkan Sdra. Zulrusdi...tak apa...kita usaha lebih kuat lagi 5 tahun yg akan datang...

Lain pula kisahnya dgn N08 Satok, dgn perang posternya, gangguan flyer2 fitnah dan propaganda2 yg boleh mengalihkan tumpuan dan pilihan rakyat. Ceramah PR berlangsung setiap malam di Jln. Patingan bermula dari hari penamaan calon...wah begitu hebat sekali ceramah yg dianjurkan..berjaya menarik perhatian penduduk di sekitar kawasan Kuching. Bermula dengan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Bekas Menteri Besar Perak;Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah bt Anwar Ibrahim.


Pihak BN pula mengambil inisiatif dgn tidak membuat byk ceramah tetapi mendekati rakyat dengan program2 seperti Sejiwa Senada dan Hari Belia...Perasmian Benteng/waterfront , perasmian Padang Selepas (pdg futsal di Jln Ajibal Abol), perasmian pagar surau di Patingan dan banyak lagi... Wah!!!lumayan sungguh..itu baru sekitar Bandaraya Kuching...bagaimana pula agaknya di DUN2 dan tempat lain ya...sehingganya YAB Perdana Menteri kita terpaksa berkampung di Sarawak sepanjang hari berkempen di Sarawak.Alhamdulillah, byk bajet dikeluarkan utk membantu kawasan2 pedalaman...sekolah2 lama digantikan dgn sekolah baru, jalanraya diturap, tanah2 yg tidak bergeran; diberikan geran @ tol, dan byk lagi keperluan rakyat dilaksanakan dalam tempoh pilihanraya ini tadi.

Alhamdulillah...syukur kerana dgn kehadiran pihak pembangkang, BN telah bekerja keras untuk memenangi hati rakyat dan berjaya menawan semula Sarawak.Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB2 yg telah berjaya menjadi wakil rakyat pada pilihanraya kali ini. Bagi yg tidak berjaya, jgn kalah semangat...perjuangan mesti diteruskan..baik dari pihak BN,PKR,PAS,Bebas..boleh cuba lagi 5 tahun akan datang...hurrmmm "kita lihat siapa yang kena!!!!!"

Buat Wakil2 Rakyat yg telah terpilih:
Laksanakanlah tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada anda!!! Anda bekerja utk rakyat kerana rakyat yg telah memilih anda...sama ada pemilihan anda secara telus, rasuah atau apa2 saja hanya ALLAH yg mengetahuinya...berlakulah adil dgn setiap bangsa dan agama yg ada mengikut apa yg telah tertakluk dlm perlembagaan dan undang2 yg diciptakan. Jgnlah rakus mengisi poket anda dan sanak saudara hingga rakyat hidup menderita dan merana. Anda dipilih kerana rakyat mahu anda menolong mereka...penuhilah setiap keperluan asas mereka...bekalan air,letrik dan rumah yg sempurna, hak milik tanah dan tingkatkanlah taraf ekonomi,pendidikan dan ilmu agama kepada mereka2 yg memerlukan..jgnlah anda abaikan mereka2 ini..sesungguhnya mereka2 ini adalah tanggunjawab anda sebagai wakil yg dipilih mereka.

 Antara keratan akhbar yang sempat dirakam oleh lensa KLIK2 sewaktu pilihanraya Sarawak 2011..


Ini saja yang sempat dikongsikan sepanjang pilihanraya di Sarawak 2011..Semoga banyak lagi pembangunan akan dibawa kepada rakyat utk masa2 yg mendatang...'we vote for you to you help us...bring our voices to the Parliament.'