MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Wednesday, April 20, 2011

Sekitar pilihanraya dan kempen di Kuching 6-16 April 2011 (part 2)

What do you think about election?? Is it true  clear election or...have something behind the scene...Let we just browse to see what happen during Sarawak DUN election. You see it you decide it! See Think Act!
Perang poster di Kota Samarahan








DS Wan Azizah di Patingan



Bendera BN berkibar di flyover Simpang tiga.



Perang poster di sekitar Padungan


Antara perang poster di sekitar Satok.



DSAI Bercermah di Patingan





YB NUrul Izzah di Patingan


Poster DAP di Bulatan Simpang Tiga

Sepanjang jalan Kota Samarahan



Antara yang sempat dirakam oleh lensa Klik-Klik....kalau lihat perang poster di kawasan Batu Kawa dan Semariang lagi best dan syok....poster calon BN di Semariang punya lah besar....[besar punyerrr]....agak2 berapa bajet utk pilihanraya kali ini yer...kalau nak dibandingkan poster BN dan PKR di Semariang,amatlah jauh bezanya...umpama gergasi dengan semut saja...Tahniah YB Sh. Hasidah kerana dapat mengalahkan Sdra. Zulrusdi...tak apa...kita usaha lebih kuat lagi 5 tahun yg akan datang...

Lain pula kisahnya dgn N08 Satok, dgn perang posternya, gangguan flyer2 fitnah dan propaganda2 yg boleh mengalihkan tumpuan dan pilihan rakyat. Ceramah PR berlangsung setiap malam di Jln. Patingan bermula dari hari penamaan calon...wah begitu hebat sekali ceramah yg dianjurkan..berjaya menarik perhatian penduduk di sekitar kawasan Kuching. Bermula dengan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Bekas Menteri Besar Perak;Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah bt Anwar Ibrahim.


Pihak BN pula mengambil inisiatif dgn tidak membuat byk ceramah tetapi mendekati rakyat dengan program2 seperti Sejiwa Senada dan Hari Belia...Perasmian Benteng/waterfront , perasmian Padang Selepas (pdg futsal di Jln Ajibal Abol), perasmian pagar surau di Patingan dan banyak lagi... Wah!!!lumayan sungguh..itu baru sekitar Bandaraya Kuching...bagaimana pula agaknya di DUN2 dan tempat lain ya...sehingganya YAB Perdana Menteri kita terpaksa berkampung di Sarawak sepanjang hari berkempen di Sarawak.Alhamdulillah, byk bajet dikeluarkan utk membantu kawasan2 pedalaman...sekolah2 lama digantikan dgn sekolah baru, jalanraya diturap, tanah2 yg tidak bergeran; diberikan geran @ tol, dan byk lagi keperluan rakyat dilaksanakan dalam tempoh pilihanraya ini tadi.

Alhamdulillah...syukur kerana dgn kehadiran pihak pembangkang, BN telah bekerja keras untuk memenangi hati rakyat dan berjaya menawan semula Sarawak.Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB2 yg telah berjaya menjadi wakil rakyat pada pilihanraya kali ini. Bagi yg tidak berjaya, jgn kalah semangat...perjuangan mesti diteruskan..baik dari pihak BN,PKR,PAS,Bebas..boleh cuba lagi 5 tahun akan datang...hurrmmm "kita lihat siapa yang kena!!!!!"

Buat Wakil2 Rakyat yg telah terpilih:
Laksanakanlah tanggungjawab yg telah diamanahkan kepada anda!!! Anda bekerja utk rakyat kerana rakyat yg telah memilih anda...sama ada pemilihan anda secara telus, rasuah atau apa2 saja hanya ALLAH yg mengetahuinya...berlakulah adil dgn setiap bangsa dan agama yg ada mengikut apa yg telah tertakluk dlm perlembagaan dan undang2 yg diciptakan. Jgnlah rakus mengisi poket anda dan sanak saudara hingga rakyat hidup menderita dan merana. Anda dipilih kerana rakyat mahu anda menolong mereka...penuhilah setiap keperluan asas mereka...bekalan air,letrik dan rumah yg sempurna, hak milik tanah dan tingkatkanlah taraf ekonomi,pendidikan dan ilmu agama kepada mereka2 yg memerlukan..jgnlah anda abaikan mereka2 ini..sesungguhnya mereka2 ini adalah tanggunjawab anda sebagai wakil yg dipilih mereka.

 Antara keratan akhbar yang sempat dirakam oleh lensa KLIK2 sewaktu pilihanraya Sarawak 2011..


Ini saja yang sempat dikongsikan sepanjang pilihanraya di Sarawak 2011..Semoga banyak lagi pembangunan akan dibawa kepada rakyat utk masa2 yg mendatang...'we vote for you to you help us...bring our voices to the Parliament.'

No comments: