MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru [2011]

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Selamat Hari Guru kuucapkan kepada semua para pendidik, tenaga pengajar yang pernah mendidik ku..menjadikan aku seorang yang pandai serta dapat berada di tempatku sekarang.

Terima kasih cikgu. Jasamu tidak ternilai...budimu tidak terbalas,hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa dan budimu. Cikgu, walau telah lama aku meninggalkan alam persekolahan; namun jasa guru2 sekalian tak mungkin aku lupakan...

Cikgu tadika Halimah (Semuja Camp)-cikgu yg baik dan penyabar..dariku berusia 3 tahun hingga 5 tahun cikgu tanpa jemu melayan karenahku... :)

SRK Serian
  • Darjah 1-Cikgu Nicoline(seorg guru berbangsa cina)pada mulanya ku anggap garang tapi sgt baik orgnya)
  • Darjah 3- Cikgu Tan; Cikgu matematik.walaupun cikgu sgt garang dan tegas,namun kerana itu juga kami mampu menghafal sifir 2-12 sewaktu dalam darjah 3..terima kasih cikgu...dulu cikgu Tan ada kedai aiskerim di Pasar Serian....balik dari perpustakaan daerah mesti singgah utk beli aiskerim...cikgu Tan juga mengajar kami Pendidikan Seni..seronoknya membuat anyaman tikar mini dari benang hol dan buat pembersih habuk dari tali nylon...
  • Darjah 4-6; Cikgu Jamilah hj. Naim..juga seorang guru yg sgt tegas dan garang tapi sebenarnya sgt baik... :) Tiap2 hari raya pasti akan ke rumah cikgu Jamilah..hehehe..

Juga terima kasih kepada cikgu Oat bt Sabu, Pn. Dyg Jamayah, Ustaz Ali, cikgu Rokiah....juga cikgu2 pelatih..the best ever..Mr. OSSO ( Othman Samaon)

SMKA Matang
  • Sekolah berasrama penuh..byk sgt kenangan pahit dan manis bercampur baur..terima kasih guru2 sekalian..kerana dengan didikanmu kami menjadi manusia berguna dan berjaya sekarang.
  • Ketua Warden Puteri-Cikgu Melati Ali
  • Ketua Warden Putera-Cikgu Johan & Cikgu Abg Ismawi.
  • Segala kenangan masih segar diingatan...dulu ianya amat pahit bagi kami, namun sekarang sangat lucu untuk dikenang kembali...berjalan itik gara-gara bising selepas jam 10.30mlm, cabut rumput kat taman asrama bila lmbat tutup lampu..hahaha...gotong-royong dan kena hukum...nasi kawah, ikan besi...
  • Antara guru-guru SMKA Matang yg aku masih ingati ialah..1st & foremost Cikgu Abdul Rahim Abol-mento [bapak angkat kami], cikgu Sam,cikgu Yahya,Cikgu Azizah, cikgu Happy,cikgu Zamzaitul Akmal & Pn. Sherina, Mdm. Diana, ustaz Kamarul,ustaz Azizan, ustaz Sani, cikgu Adikreak, cikgu Zul.

Alhamdulillah keputusan PMR ku 1A,2B,6C dan SPM 1:21.

SMKA SHOAW
  • 1999-2000 aku menyambung belajar ke tingkatan 6 di sekolah ini, juga dikenali dengan nama Matang 01.Alhamdulillah guru2 pun bagus2 dan aku dpt memahami apa yang diajarkan oleh guru2ku dengan baik sekali..apa yg amat membanggakan aku ialah akulah satu2nya pelajar perempuan yg dapat keputusan 4P..sekali dengan Aziz & Zaki Pardon & Kamil [kalau tak silap]dah lama dah berlalu...aku tahu ada yg cemburu kerana walaupun aku dapat 4P tapi gred aku xseberapa...berbanding diorang yg dpt gred bagus tapi tak dapat 4P.Aku bersyukur kerana dapat banggakan org tuaku, dan juga guru2 ku..berkat ilmu yg guru ajar kepadaku membuatkan aku berjaya.
  • Masih ku ingat lagi setiap kali bila hari guru aku akan sibuk membuat kad ucapan dan membeli beberapa jambak bunga dan plastik pembalut serta riben. utk ku hadiahkan kepada guru2 ku..walaupun ia bukanlah hadiah yg mahal namun itulah penghargaan yg mampu ku berikan kepada guruku..yg pastinya semuanya ku buat sendiri dan kuserah sendiri bila tiba hari guru.
  • Cikgu Dayang-subjek Pengajian Am, Ustaz Zulkefli & ustaz Kushairi -Bahasa Arab Tinggi & Komunikasi, ustaz Hazlan-Usuluddin,ustazah Salbiah-Syariah, Sir Zulkarnain-MUET.

Terima kasih cikgu kerana mencurah segala bakti dan ilmu kepada ku..ku sanjung budimu, ku kenang jasamu.

UITM Shah Alam
  • 2001-2004 aku melanjutkan pelajaranku ke universiti..alhamdulillah!tersenyum bapaku bila anak perempuannya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Muda. Aku mengambil jurusan Pengajian Maklumat pengkhususan dalam perpustakaan dan maklumat.
  • Tahun  pertama amat kekok terasa bila terlalu jauh dari family, namun mungkin sudah agak terbiasa bersekolah asrama menjadikan aku boleh membiasakan diri di tempat orang. Bersama teman-teman baru dari utara dan selatan semenanjung.
  • Terima kasih para pensyarah yang telah mendidik dan mengajar aku hingga aku menjadi siapa diriku sekarang...i'm a librarian!! Aku bangga menjadi pustakawan, aku suka bergaul dengan buku2,jurnal dan akhbar..walaupun ada kalanya tak sempatpun nak membaca kesemuanya.
  • En. Md Shah Ashaari-lecturer yg kitorang geruni,kerana garang dan lawaknya..hinggakan byk dari kalangan pelajarnya yang mendapat gelaran..aku? Roti John @ tokey kicap??hahaha..ada yg dia gelar YAKUZA, AZIZ SATAR  dan macam2 gelaran lagi...hahaha,memang lawak giler la cek Md.
  • Cik Salmah-Mother of Cataloger. She was the one who gave us know for the 1st time apa itu katalog? Dia juga yg mengajarku subjek computerization..mengenali tagging, subfield dan itulah yg kami apply dlm tugas sekarang. I'm really love to be cataloger..
  • Cik Nordibra Dini-cikgu yang tinggi lampai,berkulit hitam manis berwajah garang tapi manis dan ayu...she is so sweet tapi awas...pedasss beb! Terima kasih cikgu.
  • En. Azmi @Dorro..lecturer yg sporting dan baik, kelas HTML
  • Pn. Asiah Harun-kuanggap seperti ibu..sewaktu beliau mengajar aku akan duduk di meja paling hadapan,kecuali kalau masuk lewat :) berkat ajaran beliau, subjek index dan abstrak aku mendapat markah tinggi..alhamdulillah.
  • Buat para cikgu dan lecturerku yang ku tak sebutkan namanya jgn berkecil hati...jasa kalian ttp kuhargai,,tanpa kalian,sukar utkku harungi dunia pekerjaanku sekarang.
p/s :terima kasih juga buat guru mengaji quran: guru Amran, guru Md. Adam, Abg Awei [guru mengaji di Semuja Camp]...juga guru mengaji di Kem Batu Kawa...SUKRAN JAZILLAN!


Akhir sekali TERIMA KASIH CIKGU, GURU, LECTURER..

Sunday, May 15, 2011

China Magnificent City

1 May 2011
Labour Day Holiday

We went for the Magnificent City of China. A very beautiful place that we visited early of the month.


Taman Keajaiban China adalah merupakan sebuah taman yang terletak tidak jauh dari bandar Sibu. Ia baru sahaja siap dibina dan masih lagi dalam proses kemasan..Tercapai jugak harapanku untuk berkunjung ke sini. Hampir sahaja terlupa gara-gara terlelap sewaktu dalam perjalanan pulang. Mujurlah mama sepat mengejutkan aku sebelum sampai ke sini.




Kami tiba ketika matahari betul-betul tegak di atas kepala. Cuaca yang sungguh panas dan sungguh mnyengat itu menyebabkan kami terpaksa cepat2 melawat dan meninjau  sekitar kawasan ini. Sungguh cantik binaan dan ukiran bermotifkan haiwan2 dan tumbuhan.





Bangunan yang bermotifkan corak haiwan dan tumbuhan serta unsur2 alam begitu megasyikkan. Corak pada jubin2 amatlah begitu menarik dan begitu indah sekali. Kreatif!! Menarik! FANTASTIC! Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jam di China Magnificent City. Terdapat 3 gerbang besar, 3 tokong Buddha, dewan makan(agaknyalah),funeral hall (mungkin) dan dewan peralatan muzik.


Kolam buatan yang menempatkan ikan koi dan kura2..juga terdapat replika ikan lumba2 dan ‘pakcik memancing’















hubby yg nakal



Patung watak2 dewa juga terdapat di sini. Wukong, dewi guanying,khinzir,lembu dll. Pengalaman berada di tempat ini begitu mengasyikkan..sehingga ada rakan2 yang ingat kami betul2 berada di China..urmm bila lah agaknya dapat melawat ke Negara China…mgkin suatu hari nanti..InsyaALLAH. Seronok, fun, itulah yang dapat ku gambarkan. Ia kan lebih seronok sekiranya cuaca sejuk dan berkabus…barulah seperti berada di China.

Thursday, May 5, 2011

PESTA KAUL 2011


30 April 2011~ PESTA KAUL 2011
Aku berada di Mukah…lawatan kali pertamanya bersama suami dan ibuku serta keluarga sebelah suamiku…Perjalanan dari Kuching ke Mukah memakan masa kira-kira 10 jam (lepas berhenti rehat di Serian, Lachau,Layar,Sibu).Aduh!terasa pening kepala kerana buat pertama kalinya adu dok kat passengers seat di belakang (hehehe..selalunya dok kat co-pilot seat)

Setelah sekian lama sibuk bekerja, tibalah masanya utk merehatkan minda.Kali ini lawatan agak istimewa kerana disertai oleh ibu tersayang…
myMOM & Me
Dari Kuching, singgah ke Serian..sempat menjolok buah kedondong(buah amra)utk dijadikaan ole2 kpd saudara di Mukah. Perjalanan diteruskan hingga ke Lachau dan Layar…berehat sebentar untuk menyejukkan enjin kereta.Sesampai di Sibu, kami menjamu selera di Taman Harmoni foodcourt.
hubby & i
mom & G-man
Nasi ayam penyet di Tmn. Harmoni
Tapak Pesta Kaul 2011 diadakan di Jalan Kala Dana wah!kelass!! macam nama zaman dahulu kala :) .Kami sampai di tapak pesta lebih kurang jam 10 pagi,jamme punyalah panjang..kereta penuh jer..parking dh mcm tak cukup…nasib baik ler rumah sepupu hubby tak jauh dari tapak pesta, so kitorang just park kereta kat umah dia jer…dan menapak ke tapak pesta..[lupa nak amik picture umah dia…uih!cantik wooo,moden tradisional…siap ada menara peninjau ala2 rumah Melanau gitu!]


pandangan dari beranda rumah
mylovely mother
myself@kg. Tellian Mukah
mysweet darling!
Cuaca yang pada mulanya mendung seperti mahu hujan berubah menjadi panas terik!Fuhhh….sangatlah panas; dengan orang yang bersesak-sesak, baju hitam(penyerap haba) dan haba angin laut! Alang2 dh sampai ke Mukah, apa lagi BERKAUL ler…barulah Pesta Kaul namanya…

Aku dan mak tidak melepaskan peluang untk terjah ke semua stall2 dan booth2 yang ada…ini adalah peluang yg baik utk mengenali cara hidup masyarakat yang ada di Mukah; what they do, they eat,they create, they cook,they play???this is the time to reveal their culture.

Pelbagai acara dipertandingkan untuk menarik ramai pengunjung untuk datang ke PestaKaul; ada banyak gerai2 jualan~ makanan, minuman, pakaian, tudung, bag, belon2, buku dll. 

Permainan TIBAW


with both of mymother~biological & in-law

Pertandingan Badang & mengergaji btg sagu utk mendapatkan tepung lemantak.
myBadang~hubby
Ulat Mulong yang menyebabkan aku lari..hehehe
Both of us mencuba bakat..hehehe

Acara pertandingan nyanyian peminat P.Ramlee & Saloma juga turut diadakan.Selain itu juga pertandingan menari dari kaum2 yg terdapat di Sarawak juga diadakan.

Kek lapis Pesta Kaul


Photo taken with Mukah's families.


Mom in candid camera :P



kek lapis gubahan Terendak
Seronok sungguh rasanya dapat menyertai Pesta Kaul yg sudah lama diadakan tetapi baru tahun ini dapat menyertainya…Al-maklumlah..jalanraya dah elok..kalau dulu;~Dari Sibu ke Mukah memakan masa 3 jam lebih,tapi sekarang hanya 1 jam 30minit shja..Walaupun hanya dengan kereta Kancil,sampai jugak kami ke Mukah :) Mydear cute Kancil~I love you so much! there were a lots of sweet and bitter memories holding by you!

pesta yg dirasmikan oleh Tok Uban serta isteri
hubby with ulat mulong.
Hjh. Rajimah,Pn. Liliah &  Hjh. Haluya

 Setelah puas melawat tapak Pesta Kaul,hubby membawa kami ronda di sekitar kawasan; lalu depan hospital, airport, Politeknik, Menara Pehin Seri dan wisma kerajaan negeri yg baru!
 






Setelah berkaul 2malam 2 hari di Mukah, tibalah masanya untuk berangkat pulang.. sesungguhnya my 1st visiting to Mukah gave me sweet memories together2 with both of myMOM.my superwoman Hjh. Rajimah &; Pn. Liliah~~HAPPY MOTHER’S DAY!

bigger than mom....huhuhu
our mom @Pasar Malam Mukah
sebelum berangkat pulang..sempat bergambar..

Hope that I will be the great mom someday!

with hubby & sweet Eva Natasya


Arigato Gozaimas!
Mukah 30April-1 Mei 2011.