MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Wednesday, December 14, 2011

Asid Folik punya cerita


Salam...

Dalam proses melengkapkan diri dengan pengetahuan am mengenai hal-hal berkaitan dengan kehamilan, aku semacam rajin jer nak tau lebih mengenai asid folik yang kononnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan..

Ada beberapa info yang aku dapat dari Internet:-

What is folic acid?
FOLIC ACID (FOE lik AS id) is a water-soluble, B complex vitamin. It is in many foods like liver, kidneys, yeast, and leafy, green vegetables. It is used to treat megaloblastic anemia and anemia from poor diet in pregnant women, babies, and children.
selain itu juga; asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Semoga beberapa info ini akan menjadi peringatan dan panduan kepada bakal2 ibu…

No comments: