Selamat Tahun Baru..Hurmm permulaan tahun yang sungguh tidak best…diuji dengan ujian emosi dan kesihatan yang amat hebat…pedih,terluka…sakitnya bagai tusukan sembilu..
Penutup tahun yang amat menyakitkan hati. Aku terluka dengan kebenaran itu,pedihnya hati ini hanya tuhan saja yang tahu.Walaupun belum berlaku tapi kalau niat dah ada..apalah ertinya…Syukur kerana aku masih kuat untuk berhadapan dengan ujian sebegini..Memang sebenarnya aku sudah lali dengan ujian sebegini…bukan sekali tapi telah acap kali…Ini adalah kali kedua,ku harap tiada kali yg ke-3 atau aku akan lebih terluka…bak kata orang cedera parah dah beb!
Aku tidak mampu untuk menahan dan menanggung segala beban ini sendirian, ku luahkan kepadamu agar kau mengerti perasaanku..agar kau hargai segala pengorbananku, agar kau memahami apa yang ku lakukan adalah untuk kebahagiaanmu, namun budi yang kutabur kau balas dengan hempedu….
Mungkin kau anggap ini adalah ujian buat kita, tapi mengapa aku saja yang perlu menanggungnya??Mengapa?? Selama ini apa saja berlaku antara kita kudiamkan saja..tak mahu membuka pekung di dada..tak mahu terkena badi sesiapa,tapi mengapa kau sanggup lukakan hatiku??? Mengapa tak jujur kepada ku? Mengapa kau sembunyikan sesuatu daripadaku??
Selama ini aku memilihmu kerana aku yakin dengan pilihanku, telah ku mohon pada yang Esa meminta agar kaulah terbaik bagiku…impianku menjadi yang terbaik untukmu…namun baru saja beberapa ketika segalanya bagai ledakan halilintar yang membelah bumi…duniaku seakan gelap, awanan menyelimuti langit dan pandanganku mula berkaca..kenapa??
KERANA HATIKU TELAH TERLUKA.
Semoga 2012, segala kelukaan dan kepedihan akan segera hilang sebagaimana aku muntahkan segala makanan dan isiperutku pada pembuka tahun… memuntahkan segala beban dan derita hati dan perasaan yang tersimpan. Don’t you dare to hurt me anymore cause I’m not that weak to hope for your love. Pengalaman mnjadikan aku lebih kuat, tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang mendatang..
Go EE Go…you’re the best and you will do the best…jangan jadikan seseorang sebagai halangan untuk kau HIDUP & BERJAYA. Sesungguhnya Yang Esa mengetahui apa yang hambaNya impikan dank au harus berusaha ke arahnya…Abadikan cintamu kepada ALLAH dan RasulNya kerana hanya cinta dari mereka saja yang kekal abadi.
Walaupun rasa sedih namun aku harus bangkit!Bangkit dan terus bangkit…takkan mengalah, hidup ini memang penuh dengan cabaran…sesiapa yang tak mampu mengharunginya pasti akan ketinggalan dan aku bukanlah orang yang lemah untuk tertinggal di belakang…
LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALDZALIMIN…
No comments:
Post a Comment