MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Thursday, January 5, 2012

Banjir 2012


Awal-awal tahun kita telah diuji dengan fenomena banjir dan tanah runtuh. Hujan lebat yang berterusan serta air pasang besar menjadi faktor penyumbang berlakunya banjir. Kalau dulu banjir hanya berlaku di kampung2 di mana kawsan tanah rendah dan tepi2 sungai, tetapi kini banjir telah merebak ke kawasan bandar.

Sepanjang Jln Rock ditenggelami air akibat banjir
Rakaman banjir dari Wisma Naim Jalan Rock.
Di manakan silapnya? Kerajaan telah membelanjakan berjuta2 $$ untuk memperbaiki system perparitan, bina tambak penghalang banjir dan juga projek pengurusan air kumbahan (waste water management), namun masalah banjir semakin hari semakin teruk. Adakah kita terus-meneruskan menyalahkan masyarakat yang suka membuang sampah hingga menyumbat segala parit2 dan longkang?? Tepuk dada Tanya minda.

Rasanya banjir kali ini dasyat di Bandaraya Kuching hingga mungkin mengorbankan 2 nyawa (setakat artikel ini ditulis). Puncanya ialah daripada arus deras dari longkang..Nauzubillah..minta dijauhkan dari keluarga dan sanak saudara kita. 
Pihak bomba penyelamat sedang berusaha mencari magsa yang terjatu dalam longkang besar.
Orang ramai melihat arus deras longkang yang telah menghanyutkan 2 org.
Longkang besar depan Shell Jln Rock
Agak dasyat juga banjir kali ini. Pastinya ini akan member impak dan tamparan yang hebat kepada wakil2 rakyat di kawasan berkenaan. Kerakusan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat telah mengundang padah dan kini ianya terserlah. Apakah tindakan pihak berkuasa?? Benar..ini adalah bencana alam,namun ia juga disebabkan oleh manusia~man made disaster   L wah waspadalah, cepat2lah hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sedang dalam kesusahan…Kasihanilah nasib rakyat.

Semoga banjir kali ini kita akan lebih berhati-hati samada  semasa berada dirumah mahupun di luar rumah. Musim banjir boleh mengundang bahaya walau di mana kita berada, adalah lebih baik jika kita lebih berhati2 dan mengutamakan keselamatan diri, anak-anak dan keluarga juga tidak dilupakan haiwan ternakan dan haiwan peliharaan.

Banjir diturunkan kepada kita adalah sebagai peringatan dan ujian. Tuhan menguji kesabaran dan memberi kita musibah agar kita lebih mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini kepada kita. Semoga apa sahaja yang berlaku sepanjang banjir ini akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita. Menjadi panduan dan teladan buat kita.





Hati-hati di jalanraya, dikhuatiri ada tanah runtuh dan jalan ditenggelami air. Waspada dengan amaran banjir, takut nanti tak sempat nak ‘packing’ barang. Selamatkan barang2 berharga dan dokumen2 penting akan tidak musnah dihanyut dan ditelan banjir.

Walau apapun kita haruslah bersabar, tabah dengan segala dugaan dan ujian yang tuhan berikan. Semoga kita dan keluarga selamat hendaknya…Amiiin.

5 Januari2012.


No comments: