MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Friday, January 27, 2012

RUMAHKU DIRAMPOK LAGI


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
25 Januari 2012

Syurga kami telah dipecahmasuk oleh perampok durjana. Ini merupakan kali kedua rumah yang sama dipecahmasuk. Kali dulu dipecah bahagian pintu depan ,kali ini pintu belakang dan toilet pula menjadi laluan.

Jam 6ptg, seperti biasa aku baru pulang dari pejabat, sambil membawa ‘Orange’ aku masuk ke dalam rumah dan mengunci grill. Melihat pintu dapur terbuka luas aku jadi pelik…sekali lagi terkejut bila melihat pintu grill terbuka dan pintu pagar belakang terbuka..bulu romaku naik seramsejuk…takut sekiranya si perampok masih lagi di dalam rumah…terus aku berlari keluar rumah.

6.30ptg-myhubby sampai.aku repot terus kepadanya bahawa rumah kena pecah lagi…hubby terus call polis peronda then bawa kayu naik ke tingkat atas. Penyamun dah lari…mungkin diorang kerjakan myhouse at lunch time..huhuhuh….

Kerugian mencecah 8k apabila yang dikebas; 2 laptop Acer, 2 camera CANON; DSL450d dan IXUS 7.1mp. Toshiba external drive & sebentuk cincin emas peninggalan mak wa.Hampeh betul la si pencuri…beg galas UNIMAS aku pun dikebasnya…

Hancur rasa hati bila lihat keadaan rumah berselerak dan abu rokok merata2. Ku doakan agar si penyamun tu mendapat hidayah dari yang maha Esa. Hasil dari mencuri takkan bawa ke mana. Buat laporan di Balai Polis Samarahan pada jam 8mlm, then repot kepada Pegawai JSJ….yang bestnya laporan dibuat dengan orang yang sama (kaunter-cik Malaha & JSJ-Pn. Nahrizawati)….CSI dibuat di rumah jam 9-10mlm….2 kesan cap jari diperolehi.

Jam 10 perut dah lapar-aku masih lagi dengan pakaian kerjaku…kami makan kat luar..aku masih lagi rasa geram,marah,fobia dan sedikit trauma…kali kedua beb! BEROLEH BENAR KAU KALI TOK!!!!

Tapi aku kena redha..setiap kejadian past ada hikmahnya…KUN FAYA KUN..semua itu milik ALLAH,bila mana Dia mengkehendakkannya,maka Dia akan mengambilnya bila2 masa.  Semua itu sabab-musabab saja..jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran…. Bagiku harta boleh dicari ganti,nyawa xdapat nak dibeli di mana2. Cuma aku terkilan..segala hasil nukilan dan ilmu yang kucari dan kumpul juga hilang bersama external drive.

Semoga segala ujian ini akan mengeratkan lagi kasihsayang aku dan hubby, without his love it is hard for me to face all the challenges in this world. Dear RABB,I wish that there are more valuable gift You will give to us . Ameen. 

NO PICTURES COZ MY CAMERA ALSO BEEN STOLEN BY ROBBER.

No comments: