MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Friday, March 30, 2012

Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah


Dah lama rasanya tak menulis kat blog..seakan-akan sangat busy tapi takder la busy sangat pun..cuma selepas kehilang camera kesayanganku,tak dapatlah nak upload gambar2 yang boleh disertakan sekali di blog nie nanti. Kali ini E nak kongsikan petua kebahagiaan yang dipetik dari ceramah/tazkirah Ustazah Siti Nurbahyah. Beliau nie boleh tahan gak bila berkata-kata..siap berpantun dan berjenaka..juga masih mengekalkan identiti beliau sebagai wanita Islam.Subhanallah..semoga aku dan wanita-wanita Islam di luar sana mencontohi keperibadian yang ada pada beliau.

Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,


1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK

Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu
sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.

7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN

Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.. "sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat".

No comments: