Assalamualaikum & Salam Sejahtera
25 Januari 2012
Syurga kami telah dipecahmasuk oleh perampok
durjana. Ini merupakan kali kedua rumah yang sama dipecahmasuk. Kali dulu
dipecah bahagian pintu depan ,kali ini pintu belakang dan toilet pula menjadi
laluan.
Jam 6ptg, seperti biasa aku baru pulang dari
pejabat, sambil membawa ‘Orange’ aku masuk ke dalam rumah dan mengunci grill. Melihat
pintu dapur terbuka luas aku jadi pelik…sekali lagi terkejut bila melihat pintu
grill terbuka dan pintu pagar belakang terbuka..bulu romaku naik seramsejuk…takut
sekiranya si perampok masih lagi di dalam rumah…terus aku berlari keluar rumah.
6.30ptg-myhubby sampai.aku repot terus
kepadanya bahawa rumah kena pecah lagi…hubby terus call polis peronda then bawa
kayu naik ke tingkat atas. Penyamun dah lari…mungkin diorang kerjakan myhouse
at lunch time..huhuhuh….
Kerugian mencecah 8k apabila yang dikebas; 2
laptop Acer, 2 camera CANON; DSL450d dan IXUS 7.1mp. Toshiba external drive &
sebentuk cincin emas peninggalan mak wa.Hampeh betul la si pencuri…beg galas
UNIMAS aku pun dikebasnya…
Hancur rasa hati bila lihat keadaan rumah
berselerak dan abu rokok merata2. Ku doakan agar si penyamun tu mendapat
hidayah dari yang maha Esa. Hasil dari mencuri takkan bawa ke mana. Buat laporan
di Balai Polis Samarahan pada jam 8mlm, then repot kepada Pegawai JSJ….yang
bestnya laporan dibuat dengan orang yang sama (kaunter-cik Malaha & JSJ-Pn.
Nahrizawati)….CSI dibuat di rumah jam 9-10mlm….2 kesan cap jari diperolehi.
Jam 10 perut dah lapar-aku masih lagi dengan
pakaian kerjaku…kami makan kat luar..aku masih lagi rasa geram,marah,fobia dan
sedikit trauma…kali kedua beb! BEROLEH BENAR KAU KALI TOK!!!!
Tapi aku kena redha..setiap kejadian past ada
hikmahnya…KUN FAYA KUN..semua itu milik ALLAH,bila mana Dia
mengkehendakkannya,maka Dia akan mengambilnya bila2 masa. Semua itu sabab-musabab saja..jadikan apa
yang berlaku sebagai pengajaran…. Bagiku harta boleh dicari ganti,nyawa xdapat
nak dibeli di mana2. Cuma aku terkilan..segala hasil nukilan dan ilmu yang
kucari dan kumpul juga hilang bersama external drive.
Semoga segala ujian ini akan mengeratkan lagi
kasihsayang aku dan hubby, without his love it is hard for me to face all the
challenges in this world. Dear RABB,I wish that there are more valuable gift
You will give to us . Ameen.
NO PICTURES COZ MY CAMERA ALSO BEEN STOLEN BY ROBBER.