MY STORIES


HAPPY BLOGGING!

Dear frenz & followers...enjoy viewing my blog.Hope that i can share all my joy & happiness here...give some knowledge & info..


"Sesungguhnya janganlah kita mereka2 cerita,berbuat fitnah kerana sesungguhnya fitnah itu dosa besar dan lebih buruk daripada membunuh."

Friday, March 30, 2012

Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah


Dah lama rasanya tak menulis kat blog..seakan-akan sangat busy tapi takder la busy sangat pun..cuma selepas kehilang camera kesayanganku,tak dapatlah nak upload gambar2 yang boleh disertakan sekali di blog nie nanti. Kali ini E nak kongsikan petua kebahagiaan yang dipetik dari ceramah/tazkirah Ustazah Siti Nurbahyah. Beliau nie boleh tahan gak bila berkata-kata..siap berpantun dan berjenaka..juga masih mengekalkan identiti beliau sebagai wanita Islam.Subhanallah..semoga aku dan wanita-wanita Islam di luar sana mencontohi keperibadian yang ada pada beliau.

Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,


1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK

Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu
sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.

7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN

Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.. "sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat".

Friday, January 27, 2012

RUMAHKU DIRAMPOK LAGI


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
25 Januari 2012

Syurga kami telah dipecahmasuk oleh perampok durjana. Ini merupakan kali kedua rumah yang sama dipecahmasuk. Kali dulu dipecah bahagian pintu depan ,kali ini pintu belakang dan toilet pula menjadi laluan.

Jam 6ptg, seperti biasa aku baru pulang dari pejabat, sambil membawa ‘Orange’ aku masuk ke dalam rumah dan mengunci grill. Melihat pintu dapur terbuka luas aku jadi pelik…sekali lagi terkejut bila melihat pintu grill terbuka dan pintu pagar belakang terbuka..bulu romaku naik seramsejuk…takut sekiranya si perampok masih lagi di dalam rumah…terus aku berlari keluar rumah.

6.30ptg-myhubby sampai.aku repot terus kepadanya bahawa rumah kena pecah lagi…hubby terus call polis peronda then bawa kayu naik ke tingkat atas. Penyamun dah lari…mungkin diorang kerjakan myhouse at lunch time..huhuhuh….

Kerugian mencecah 8k apabila yang dikebas; 2 laptop Acer, 2 camera CANON; DSL450d dan IXUS 7.1mp. Toshiba external drive & sebentuk cincin emas peninggalan mak wa.Hampeh betul la si pencuri…beg galas UNIMAS aku pun dikebasnya…

Hancur rasa hati bila lihat keadaan rumah berselerak dan abu rokok merata2. Ku doakan agar si penyamun tu mendapat hidayah dari yang maha Esa. Hasil dari mencuri takkan bawa ke mana. Buat laporan di Balai Polis Samarahan pada jam 8mlm, then repot kepada Pegawai JSJ….yang bestnya laporan dibuat dengan orang yang sama (kaunter-cik Malaha & JSJ-Pn. Nahrizawati)….CSI dibuat di rumah jam 9-10mlm….2 kesan cap jari diperolehi.

Jam 10 perut dah lapar-aku masih lagi dengan pakaian kerjaku…kami makan kat luar..aku masih lagi rasa geram,marah,fobia dan sedikit trauma…kali kedua beb! BEROLEH BENAR KAU KALI TOK!!!!

Tapi aku kena redha..setiap kejadian past ada hikmahnya…KUN FAYA KUN..semua itu milik ALLAH,bila mana Dia mengkehendakkannya,maka Dia akan mengambilnya bila2 masa.  Semua itu sabab-musabab saja..jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran…. Bagiku harta boleh dicari ganti,nyawa xdapat nak dibeli di mana2. Cuma aku terkilan..segala hasil nukilan dan ilmu yang kucari dan kumpul juga hilang bersama external drive.

Semoga segala ujian ini akan mengeratkan lagi kasihsayang aku dan hubby, without his love it is hard for me to face all the challenges in this world. Dear RABB,I wish that there are more valuable gift You will give to us . Ameen. 

NO PICTURES COZ MY CAMERA ALSO BEEN STOLEN BY ROBBER.

Wednesday, January 11, 2012

Papa John Surprise Birthday party



It’s was on 8th January;papa actual birthday date 7th January…Happy Birthday Dear Daddy Hj. John! You’re 65 now :)

Actually aku amat sayangkan Papa John walaupun time kecik-kecik dulu puas kena bantai, pukul dan sebagainya..walau apa-apun yang telah beliau lakukan itu semua untuk kebaikanku juga..Anak bapak..mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi…mostly of myself byk dipengaruhi oleh sikap sang ayah…love you PAPA.




So, for his 65th birthday, aku secara spontan buatkan surprise birthday party for him. After kenduri with my in-law, aku called my lil sis~Dewi,asking where were they now,sebab pagi2 lagi my lil sis called bagitau my MOM ajak jenjalan, terfikir gak,mesti mom nak ajak makan2..hehehe. oleh kerana  aku tak dapat nak join diorang g jenjalan so aku tanyer either diorang masih lagi jalan2 or what. Then my lil sis said that diorang ‘lepaking’ kat umah my BIG MOMMA house with my lil pakcik.

Then my great idea suddenly appeared! A surprised birthday party for my dady. I called my lil sis supaya  melengah-lengahkan diorang untuk stay ‘lepaking’ kat situ, then I asked my hubby to singgah ke Secret Recipe! :) Yummy!

I bought a chocolate cake! Enough for all. A big yummy cake! “Moga panjang umur..ulang tahun ke 65 Papa John”, some snacks and carbonated drink. I’m so happy because they’re happy too. Di samping celebrate birthday papa, dapatlah mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan serta  kongsi rezeki bersama.

 Semoga hubungan kekeluargaan akan erat terjalin..
Special thank to Big Momma Kasmi utk lokasi, my lil sister Dewi kerana pakatan telah berjaya..dan lain2.


Thursday, January 5, 2012

Banjir 2012


Awal-awal tahun kita telah diuji dengan fenomena banjir dan tanah runtuh. Hujan lebat yang berterusan serta air pasang besar menjadi faktor penyumbang berlakunya banjir. Kalau dulu banjir hanya berlaku di kampung2 di mana kawsan tanah rendah dan tepi2 sungai, tetapi kini banjir telah merebak ke kawasan bandar.

Sepanjang Jln Rock ditenggelami air akibat banjir
Rakaman banjir dari Wisma Naim Jalan Rock.
Di manakan silapnya? Kerajaan telah membelanjakan berjuta2 $$ untuk memperbaiki system perparitan, bina tambak penghalang banjir dan juga projek pengurusan air kumbahan (waste water management), namun masalah banjir semakin hari semakin teruk. Adakah kita terus-meneruskan menyalahkan masyarakat yang suka membuang sampah hingga menyumbat segala parit2 dan longkang?? Tepuk dada Tanya minda.

Rasanya banjir kali ini dasyat di Bandaraya Kuching hingga mungkin mengorbankan 2 nyawa (setakat artikel ini ditulis). Puncanya ialah daripada arus deras dari longkang..Nauzubillah..minta dijauhkan dari keluarga dan sanak saudara kita. 
Pihak bomba penyelamat sedang berusaha mencari magsa yang terjatu dalam longkang besar.
Orang ramai melihat arus deras longkang yang telah menghanyutkan 2 org.
Longkang besar depan Shell Jln Rock
Agak dasyat juga banjir kali ini. Pastinya ini akan member impak dan tamparan yang hebat kepada wakil2 rakyat di kawasan berkenaan. Kerakusan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat telah mengundang padah dan kini ianya terserlah. Apakah tindakan pihak berkuasa?? Benar..ini adalah bencana alam,namun ia juga disebabkan oleh manusia~man made disaster   L wah waspadalah, cepat2lah hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sedang dalam kesusahan…Kasihanilah nasib rakyat.

Semoga banjir kali ini kita akan lebih berhati-hati samada  semasa berada dirumah mahupun di luar rumah. Musim banjir boleh mengundang bahaya walau di mana kita berada, adalah lebih baik jika kita lebih berhati2 dan mengutamakan keselamatan diri, anak-anak dan keluarga juga tidak dilupakan haiwan ternakan dan haiwan peliharaan.

Banjir diturunkan kepada kita adalah sebagai peringatan dan ujian. Tuhan menguji kesabaran dan memberi kita musibah agar kita lebih mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini kepada kita. Semoga apa sahaja yang berlaku sepanjang banjir ini akan lebih mematangkan dan mendewasakan kita. Menjadi panduan dan teladan buat kita.





Hati-hati di jalanraya, dikhuatiri ada tanah runtuh dan jalan ditenggelami air. Waspada dengan amaran banjir, takut nanti tak sempat nak ‘packing’ barang. Selamatkan barang2 berharga dan dokumen2 penting akan tidak musnah dihanyut dan ditelan banjir.

Walau apapun kita haruslah bersabar, tabah dengan segala dugaan dan ujian yang tuhan berikan. Semoga kita dan keluarga selamat hendaknya…Amiiin.

5 Januari2012.


Wednesday, January 4, 2012

Happy New Year 2012


Selamat Tahun Baru..Hurmm permulaan tahun yang sungguh tidak best…diuji dengan ujian emosi dan kesihatan yang amat hebat…pedih,terluka…sakitnya bagai tusukan sembilu..

Penutup tahun yang amat menyakitkan hati. Aku terluka dengan kebenaran itu,pedihnya hati ini hanya tuhan saja yang tahu.Walaupun  belum berlaku tapi kalau niat dah ada..apalah ertinya…Syukur kerana aku masih kuat untuk berhadapan dengan ujian sebegini..Memang sebenarnya aku sudah lali dengan ujian sebegini…bukan sekali tapi telah acap kali…Ini  adalah kali kedua,ku harap tiada kali yg ke-3 atau aku akan lebih terluka…bak kata orang cedera parah dah beb!

Aku tidak mampu untuk menahan dan menanggung segala beban ini sendirian, ku luahkan kepadamu agar kau mengerti perasaanku..agar kau hargai segala pengorbananku, agar kau memahami apa yang ku lakukan adalah untuk kebahagiaanmu, namun budi yang kutabur kau balas dengan hempedu….
Mungkin kau anggap ini adalah ujian buat kita, tapi mengapa aku saja yang perlu menanggungnya??Mengapa?? Selama ini apa saja berlaku antara kita kudiamkan saja..tak mahu membuka pekung di dada..tak mahu terkena badi sesiapa,tapi mengapa kau sanggup lukakan hatiku??? Mengapa tak jujur kepada ku? Mengapa kau sembunyikan sesuatu daripadaku??

Selama ini aku memilihmu kerana aku yakin dengan pilihanku, telah ku mohon pada yang Esa meminta agar kaulah terbaik bagiku…impianku menjadi yang terbaik untukmu…namun baru saja beberapa ketika segalanya bagai ledakan halilintar yang membelah bumi…duniaku seakan gelap, awanan menyelimuti langit dan pandanganku mula berkaca..kenapa??

KERANA HATIKU TELAH TERLUKA.

Semoga 2012, segala kelukaan dan kepedihan akan segera hilang sebagaimana aku muntahkan segala makanan dan isiperutku pada pembuka tahun… memuntahkan segala beban dan derita hati dan perasaan yang tersimpan. Don’t you dare to hurt me anymore cause I’m not that weak to hope for your love. Pengalaman mnjadikan aku lebih kuat, tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang mendatang..

Go EE Go…you’re the best and you will do the best…jangan jadikan seseorang sebagai halangan untuk kau HIDUP & BERJAYA. Sesungguhnya Yang Esa mengetahui apa yang hambaNya impikan dank au harus berusaha ke arahnya…Abadikan cintamu kepada ALLAH dan RasulNya kerana hanya cinta dari mereka saja yang kekal abadi.

Walaupun rasa sedih namun aku harus bangkit!Bangkit dan terus bangkit…takkan mengalah, hidup ini memang penuh dengan cabaran…sesiapa yang tak mampu mengharunginya pasti akan ketinggalan dan aku bukanlah orang yang lemah untuk tertinggal di belakang…

LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALDZALIMIN…

Wednesday, December 14, 2011

Asid Folik punya cerita


Salam...

Dalam proses melengkapkan diri dengan pengetahuan am mengenai hal-hal berkaitan dengan kehamilan, aku semacam rajin jer nak tau lebih mengenai asid folik yang kononnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan..

Ada beberapa info yang aku dapat dari Internet:-

What is folic acid?
FOLIC ACID (FOE lik AS id) is a water-soluble, B complex vitamin. It is in many foods like liver, kidneys, yeast, and leafy, green vegetables. It is used to treat megaloblastic anemia and anemia from poor diet in pregnant women, babies, and children.
selain itu juga; asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Semoga beberapa info ini akan menjadi peringatan dan panduan kepada bakal2 ibu…

Friday, August 19, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Ahlan Wasahlan ya marhaban..Ramadhan almubarak..Semoga segala amalan kita diberkati.

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini...bulan penuh dengan keinsafan dan muhasabah diri..tak kurang juga bulan untuk menambahkan rezeki.Aku juga tak melepaskan peluang memohon doa dan memanjatkan kesyukuran ke atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.

Tak terasa sudah di tengah bulan Ramadhan..umat Islam masih gagah menunaikan rukun Islam yang ke-3.Alhamdulillah...ganjarannya amat misteri,hanya Allah yang tahu pahala yang diberikan...Ramadhan kali ini sungguh bermakna kerana berkesempatan untuk bersua muka dengan al fadil ustaz Akhil Hayy...ceramahnya sungguh menarik..hilang rasa mengantuk ,padahal sewaktu ucapan menteri muda aku sempat lagi tersengguk-sengguk...Subhanallah!
Ramadhan kali ini juga terasa amat nyaman sekali, mungkin kerana sebelum tibanya Ramadhan aku telah melatih diri dengan puasa qada' dan puasa sunat..Alhamdulillah.Mudahan mendapat kesihatan dan tubuh badan yang sihat dan cergas hendaknya di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Persiapan raya belum lagi bermula...hati masih rindukan Ramadhan dan sedih rasanya bila Ramadhan akan meninggalkan kita nanti..entahkan sempat berjumpa lagi...Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk top-up pahala dan bulan pengampunan dosa.Masa untuk bertaubat dan beribadat kepadaNya. Persiapan raya pada tahun ini ala kadar sahaja..tak banyak yang baru kecuali baju raya saja..berjimat-jimat dan berbelanja apa yg termampu sahaja.

Alhamdullillah tempahan menjahit manit tahun ini memuaskan..walaupun tidak sebanyak tahun lepas. Apa-apa pun syukur ke atas rezeki yang di berikan. Antara koleksi untuk Ramadhan kali ini ialah:-
MYSHOCKING PINK!



My Shocking Pink merupakan pakainanku di hari kemenangan nanti (Syawal). Manik beriring 3 layer disertai dengan bunga bintang dan sulur paut adalah hadiah terindah buatku.Walaupun agak payah kerana silky satin ini begitu sensitif sekali..terpaksa dilakukan dengan berhati-hati..setiap kali hendak mula menjahit manik,terpaksa guna losyen untuk melembutkan kulit tangan,..agar tiada benang tersangkut dek kulit tangan yg menggelupas.

PEONNY OF EIDUL FITRI



 Cobaan demi cobaan ku lakukan untuk menghasilkan design terbaik buat busana kurung pahang satu-satunya adik ku.Pada awalnya adikku kurang menyukai design yg aku cetuskan pada busananya,namun setelah di'touch-up' sedikit akhirnya terjadilah Peonny of Eidul Fitri ini..hasilnya menggembiranya si empunya baju Alhdulillah.
Pelangi Aidilfitri



The one & only baju melayu yang sempat ku ambil untuk tempahan manik,tahun nie hubby jahit sendiri manik di baju nya...hahahaha hurm mengikut citarasa sendir katanya..Chaiyo-chaiyok my dear..will b update soon.

Ada 2 pasang lagi baju yang belum disiapkan sepenuhnya..InsyaAllah setelah selesai nanti akan dikongsikan di dalam blog ku ini...

Cukuplah dulu buat kali ini,mcm2 yg berlaku sepanjang post ini dibuat..mengantuk...sempat tidur lagi...internet lagging ,pc heng...namun akhirnya berjaya juga aku siapkan...cobaa & dugaan di bulan Ramadhan :)

Sampai berjumpa lagi InsyaALLAH.